Halaman

Selasa, Januari 08, 2013

Perubahan Lokasi Blog

Untuk makluman, lokasi blog telah berpindah ke http://matpis.blogspot.com, sebarang info terkini akan
di up to date disana.. terima kasih kerana membaca.. :)

Rabu, Oktober 10, 2012

KISAH PENGAJARAN DARI SALURAN PAIP




1801, di sebuah lembah di wilayah Itali.
                Tersebutlah sebuah kisah di zaman dulu mengenai dua orang muda yang bercita-cita tinggi bernama Pablo dan Bruno. Mereka tinggal bersebelahan rumah di sebuah kampong.
                Mereka berdua berkawan rapat dan sama-sama mempunyai impian yang besar.
                Pablo dan Bruno sering berbincang bagaimana satu hari kelak mereke akan jadi orang kaya di kampong berkenaan. Kedua-duanya cerdik dan rajin bekerja. Apa yang mereka perlukan hanyaah peluang.
                Satu hari peluang tersebut menjelma. Penduduk kampung membuat keputusan untuk mengupah dua orang mengangkut air dari sungai berdekatan untuk dimasukkan ke dalam tangki air. Kerja berkenaan telah diberikan kepada Pablo dan Bruno.
                Mereka pun memulakan kerja mengangkut air dengan baldi dengan penuh ghairah. Apabila hari petang, tangki bekalan air pun penu diisi. Ketua kampung telah membayar mereka satu “penny” bagi setiap baldi air yang diangkut.
                “Impian kita selama ini sudah tiba,”  kata Bruno dengan gembiranya. “Nasib kita yang baik ini saya rasa macam mimpi.” Tetapi Pablo tak berapa yakin.
                Tangan nya melecet dan belakangnya sakit-sakit bahana dari mengangkut  air. Pablo rasa berat untuk bangun pagi keesokan hari untuk menjalankan tugas. Kerana itu Pablo mula memikirkan cara yang lebih baik untuk mengangkut air.

Pablo, Tukang Saluran Paip
“Bruno, saya ada satu rancangan,” kata Pablo kepada Bruno keesokan paginya sambil mereka berjalan menuju ke sungai untuk mula mengangkut air. “Saya cadang kita buat satu saluran paip dari  sungai ke tangki air. Jadi tak payah lagi kita angkut pakai baldi.”
                Bruno terkejut dan berteriak, “Kau kata saluran paip? Mana ada orang buat macam itu?”sambung Bruno lagi, “Pablo, kita dapat kerja yang cukup hebat. Say dapat angkut 100 baldi satuhari dan dengan bayaran satu penny se baldi, dapat satu dolar sehari. Saya ‘dah jadi orang kaya. Hujung minggu ini saya akan beli kasut baru, cukup bulan saya akan beli lembu. Enam bulan lagi, saya akan beli rumah baru. Kerja ini adalah yang terbaik di kampung kita. Hujung minggu kita cuti dan tiap tahun dapat cuti dua minggu. Tak nampakkah yang kita ada kerja seumur hidup? Pergi jahanamlah dengan angan-angan kau ‘nak bina saluran paip’ tu.”
                Tetapi Pablo tidak mudah mengalah. Dia tetap bersabar bercakap kepada Bruno mengenai rancangannya untuk membina saluran paip. Pablo bekerja sekerat hari  mengangkut air dan menggunakan masa selebihnya serta hujung minggu membina saluran paip. Pablo tahu menggorek tanah yang berbatu untuk membolehkan papip dipasang adalah kerja berat. Pendapatan juga akan merosot. Pablo juga menyedari kerja membina saluran paip akan memakan masa setahun atau dua tahun. Tetapi Pablo penuh yakin dengan impiannya dan dengan itu tetap cekal meneruskan apa yang dia buat.
                Bruno, sahabat baiknya serta orang kampung mulai menghina Pablo dan menggelarnya PabloTukang Saluran Paip. Bruno yang mendapat upah dua kali ganda lebih banyak dari Pablo mulai berbelanja dengan mewahnya. Dia membeli seeekor keledai yang dilengkapi dengan pelana kulit dan keledai sentiasa diletakkan di hadapan rumah dua tingkatnya yang baru. Bruno membeli pakaian yang cantik-cantik dan makan makana yang istimewa di kedai makan di Bandar. Orang kampung memanggilnya Encik Bruno. Bruno kerap membelanja orang kampung minum-minum sambil mereka bersorak kesukaan. Apabila Bruno berjenaka, mereka akan ketawa terbahak-bahak.

Perlakuan Kecil Yang Mendatangkan Hasil Yang Besar
                 Sedang Bruno berehat-rehat di atas buaian di sebelah petang dan hujung minggu, Pablo meneruskan kerjanya memasang saluran paip. Apa yang dilakukan oleh Pablo dalam masa beberapa bulan memang belum menunjukkan hasil sebarang hasil. Kerjanya memang berat, lebih berat dari kerja Bruno, oleh kerana Pablo terpaksa bekerja sebalah petang dan juga hujung minggu.
                Tetapi Pablo sentiasa mengingatkan dirinya bahawa impian hari esok dibina di atas pengorbanan hari ini. Hari demi hari ia menggorek tanah untuk memasang saluran paip, inci demi inci.
                “Inci demi inci, bukan teruk sangat,” Pablo menenteramkan dirinya, sambil ia menghayun cangkulnya ke tanah yang berbatu, Dari seinci menjadi sekaki, kemudian 10 kaki, 20….. 100……
                “Kesusahan ini adalah sementara tetapi hasilnya akan berkekalan,”  Pablo mengingatkan dirinya apabila dia melangkah masuk ke rumahnya keletihan. Dia mengukur kejayaannya dengan menetap dan menyudahkan matlamat mengikut hari. Pablo yakin apabila masa berlalu, hasil yang diperolehi akan mengatasi usahanya.
                “Tumpukan perhatian anda kepada ganjarannya,” Pablo akan bercakap pada dirinya berulang kali apabila hendak melelapkan mata. Pada masa yang sama, hilai dan ketawa dapat didengar dari kedai minum di mana Bruce dan kawan-kawannya seronok minum-minum sampai larut malam.
                “Tumpukan perhatian anda kepada ganjarannya,”

Sampai Masa Keadaan Pun Berubah
 Hari-hari berlalu bertukar menjadi bulan. Satu hari Pablo mennyedari saluran paipnya sudah separuh siap. Ini bererti dia hanya perlu berjalan separuh jalan saja untuk mengisi baldi dengan air!  Jadi, Pablo mempunyai lebih banyak masa untuk menyiapkan saluran paipnya. Tarikh untuk menyiapkan saluran paip menjadi semakin cepat.
                Pada masa dia sedang berehat, Pablo memerhatikan sahabatnya Bruno memikul baldi yang berisi air. Bahu Bruno sudah jatuh. Ia mulai bongkok dan kelihata dalam kesakitan. Langkahnya pun sudah mulai perlahan disebabkan kerjanya mengangkut air yang sudah mula dirasakan berat. Bruno marah dan sesal mula menguasai dirinya, kerana sekarang dia sedar yang dia terpaksa mengangkut air dengan baldi setiap hari sehingga akhir hayat.
                Bruno semakin kurang berehat di buaiannya, sebaliknya menghabiskan masa di kedai minum. Yang berada di kedai minum akan berbisik sesama mereka apabila melihat Bruno masuk, “Bruno Tukang Angkat Air  ‘dah dating.” Meraka akan ketawa kecil melihat yang mabuk mengajuk Bruno yang bongkok dan jalannya yang mulai terhegeh. Bruno tidak lagi membelanja minum dan berjenaka seperti dahulu. Kini dia lebih suka menyendiri di satu sudut yang agak samar-samar, dikelilingi oleh botol arak yang sudah kosong.
                Akhirnya,hari yang dinanti-nanti oleh Pablo pun tiba. Saluran paip yang dibinanya selama ini sudah siap! Seluruh kampung berkumpul untuk menyaksikan air yang mengalir kencang dari saluran paip binaan Pablo masuk ke dalam tangki! Kini, oleh kerana kampung berkenaan sudah mempunyai bekalan air yang berterusan, orang dari tempat lain mulai pindah ke kampung berkenaan. Kampung jadi besar dan betambah mekmur.
                Siap saja saluran, maka Pablo tidak lagi perlu bekerja mengangkut air dengan baldi. Air tetap mengalir walau pun Pablo tidak bekerja. Air mengalir sedang Pablo makan . air mengalir waktu dia tidur. Air mengalir di hujung minggu sedang Pablo bersuka-sukaan. Lagi banyak air mengalir ke kampung berkenaan, lagi banyak wang yang mengalir ke saku Pablo!


Gelaran Pablo pun bertukar menjadi Pablo tukang paip ‘ ajaib. Ahli-ahli politik memuji-mujinya kerana pandangannya jauh dan mahukan Pablo bertanding untuk jawatan Datuk Bandar. Tetapi, bagi Pablo , apa yang dicapainya bukanlah satu keajaiban. Ia hanyalah langkah pertama untuk mencapai impian yang lebih besar. Sebenarnya, Pablo mempunyai rancangan yang melangkaui kampungnya.
                Pablo merancang untuk membina saluran paip ke seluruh dunia!

Mengajak Saabatnya Untuk Membantu
                 Saluran paip Pablo menyebabkan Bruno Tukang Angkat Air kehilangan kerja. Pablo berasa sedih melihat sahabatnya  meminta-minta untuk mendapatkan minuman percuma di kedai minum yang biasa dikunjungi. Pablo pun mengaturkan satu perjumpaan dengan Bruno.
                “Bruno, saya dating berjumpa untuk minta tolong dari anda.” Bruno membetulkan bahunya yang bongkok, sambil melihat dengan matanya yang hampir pejam. “Jangan cuba ‘nak permainkansaya,” kata Bruno.
                “Saya datang bukan untuk bercerita yang bukan-bukan.” Kata Pablo. “Saya dating untuk menawarkan anda satu peluang perniagaan. Saya memerlukan dua tahun untuk menyiapkan saluran paip. Tetapi saya telah banyak belajar dalam masa dua tahun tersebut! Saya sudah tahu alat apa yang harus digunakan, dimana hendak dikorek, bagaimana hendak meletakkan paip. Saya membuat catatan sepanjang tempoh saya menjalankan kerja. Saya telah mewujudkan satu kaedah atau sistem yang akan membolehkan saya membina satu lagi saluran paip dan seterusnya satu lagi,satu lagi dan begitulah seterusnya…
                “Saya boleh membina saluran paip setahun satu seorang diri. Tetapi ini tidak mengunakan masa dengan baik. Apa yang saya rancangkan ialah mengajar anda dan orang lain membina saluran paip. Kemudian anda pula mengajar orang lain sehinggalah ada saluran paip di setiap kampung di kawasan ini, kemudian setiap kampung di seluruh negeri dan akhirnya setiap kawasan kampung di seluruh dunia.
                “Cuba fikir,” sambung Pablo. “kita boleh dapat sedikit ‘persen’ dari setiap gelen air yang mengalir melalui semua saluran paip. Lagi banyak air yang mengalir, lagi banyak wang yang mengalir ke saku kita.  Saluran paip yang saya siapkan bukan bermakna berakhirnya impian. Ia hanya baru bermula!
                Bruno akhirnya dapat melihat Gambaran yang lebih besar. Dia senyum dan menghulurkan tangannya yang kasar kepada sahabatnya Pablo. Mereka bersalaman san berpelukan tak ubah seperti sahabat akrab yang sudah lama tidak bertemu.

Impian Saluran Paip Di Dunia Yang Pakai Baldi Air
 Beberapa tahun berlalu. Pablo and Bruno sudah lama bersara. Perniagaan saluran paip mereka di seluruh dunia masih lagi menyalurkan berjuta dollar wang setiap tahun ke dalam akaun bank mereka. Apabila berjalan-jalan dikawasan luar Bandar, Pablo dan Bruno masih terjumpa beberapa orang muda yang mengangkut air dengan baldi.
                Pablo dan Bruno akan menemui dan menceritakan kepada mereka, pengalaman memasang saluran paip dan menawarkan bantuan untuk berbuat perkara yang sama. Beberapa orag akan menggunakan kesempatan berkenaan dan memulakan perniagaan saluran paip mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan tukang angkut baldi cepat menolak cadangan membina saluran paip. Pablo dan Bruno diberikan alasan yang sama berkali-kali.              
                “Saya tak ada masa.”
                “Kawan saya bagi tahu, kawan dari kawan saya telah membina saluran paip tetapi gagal.”
                “Mereka yang awal-awal terlibat dengan perniagaan saluran paip saja yang dapat untung.”          “sepanjang umur hidup,saya sudah menggunakan baldi. Biarlah saya terus saja dengan apa yang say sudah biasa.”
                “Saya tahu ada orang yang kene tipu dengan rancangan saluran paip ini. Saya tak mahu jadi macam mereka.”
                Pablo dan Bruno berasa sedih kerana ramai sangat orang yang tidak mampu melihatlebih jauh.
                Kedua-dua mereka terpaksa mengakui yang kita semua hidup di dunia yang mengangkut baldi… dan hanya jumlah kecil saja yang berani mengimpikan impian saluran paip.

BURKE HEDGES

Khamis, Jun 14, 2012

Proton Saga FLX Executive (CVT)

Blue Rock.. begitu la kaler kereta aku, setelah pikir banyak kali, bincang banyak kali, mempertimbangkan banyak faktor dan akhirnya keputusan sebulat suara kami bersetuju untuk membeli Proton Saga FLX ni. Model ini adalah model yang paling lengkap, orang kata premium model bagi Saga, tapi apa kan daya, rekod ke premium an nya hanya dapat bertahan selama 2 minggu bila proton dengan selambanya mengeluarkan pulak model hot's nyer iaitu Proton Saga FLX SE 1.6.... bzzzttttt..... hangin betul... beza 5000 jer harganya... keluar jer aku pun dengan tak malu pi test drive FLX SE ni, ternyata perbezaannya.. pickup, mantap, style, dengan leather seat, rim 15", bodykit seksi, perrh... agak2 setengah jam jugek la termenung depan FLX SE mengenangkan dah terbeli FLX aku... (nak marah salesman pun xguna sebab diorang pun xtau... hantu betul!!)..

Kisah ni aku cerita dah berlaku 7 bulan lalu, masa aku baru amik kereta saga aku.. Tapi dipikirkan balik sedap jugak sebenarnya FLX aku dan setelah di guna 2 3 bulan baru aku rasa berbaloi aku beli saga aku sekarang, objektif utama tercapai, minyak ternyata lebih jimat berbanding FLX SE.

Antara faktor awal aku ambik keputusan nak beli Saga FLX aku ni adalah kerana:

1) Proton claime jimat minyak, boleh dapat 6.5 liter/km. Kami rujuk kat Paultan komen diorang pun meyakinkan. Untuk combined drive style boleh dapat 7.68liter/km dan itu juga figure yang aku dapat lebih kurang. Boleh semak kat Fuelly untuk catatan minyak terkini kereta aku. Paling jimat aku boleh dapat 6.5lilter/km, tu aku bawak constant 80-90km/j x berenti.

2) Ruang bonet belakang yang luas, amat diperlukan oleh orang dah berkeluarga mcm aku. Ruang penumpang pun luas, selesa, aku bawak kereta 4 orang dewasa masing-masing siap boleh tidur lagi aku bawak 130-140km/j kat highway.. huhu... Syyyttt.... jgn bagitau sesapa, nanti kena saman lak.. xtau la sebab diorang penat atau memang aku perasan kereta aku sedap hehehe... poyo....

3) Teknologi Gearbox CVT. Aku teruja dengan teknologi ni, lembut jer dia pi, x perasan dah 80km/j... kadang macam bahaya jugak.. perasan macam xlaju tapi tetiba macam cepat jer, rupanya dah 90km/j... fuh.... CVT ni jugak menyumbangnya jimat minyak sebab secara am nya RPM kereta FLX ni akan berada 500rpm lebih rendah berbanding saga 4AT sebelum ni.. bawak 110km/j tu rpm dalam 2.6rm jer...

4) Perkara yang xkurang pentingnya adalah sistem brek ABS, pengimbang brek EBD di roda belakang & Airbag SRS pemandu dan penumpang memang amat diperlukan. Terdapat pada model premium. ABS & EBD ni memang berfungsi seperti yang diharapkan bila aku hampir-hampir eksiden dengan pemandu yang syok sendiri keluar simpang tak tengok kiri kanan. Huh.. cemas!!! alhamdullah ditakdirkan tuhan sistem brek ni betul2 membantu. brek dengan cepat dan pasti, betul-betul berhenti tanpa tayar terkunci. Tapi takut juga kalau ada kenderaan di belakang aku xder ABS, masak....


5) Lagi satu aku suka Reka bentuk sedan yang kompak dan pada aku perubahan kepada versi FL memang menjadikan SAGA ni lebih seksi san menarik. huhu.. pendapat masing-masing...

Setakat ni yang aku ingat, kelebihan2nya.. :)

Kalau orang tanya berbaloi tak beli saga ni, hehe... semestinya... dan mesti la aku rekemen 100% hehe... value for money drop.. nak lagi sedap mantap amik FLX SE 1.6 huhu.... Nak tengok gambar? Ala sama jer, kereta aku standard menderd lagi... warna Blue Rock.. kalau ada lain pun ada calar teruk kat bawak pintu dan pecah sikit kat bumper belakang (kecuaian sendiri) :(.....




Jumaat, Jun 08, 2012

J.Bovier Automatic

J.Bovier satu jenama jam buatan Paris, terkenal dengan ciri2 sapphire glass, Enjin automatic dia buatan Swiss, sekali pandang, 2 kali pandang, 3 kali pandang.. comform inilah pilihan yang tepat. Bila dah tengok, belek2, pakai kat tangan, pi kat kedai lain mana2 pun xdapat rasa syoknyer pakai jam ni, tak tau la pendapat orang lain camana, ini pendapat peribadi jer. Balik surf internet x banyak dapat info, yang pasti J.Bovier tak banyak jam automatik, dan model ini special edition, kata dia la. Jam ni tak nampak mahal pun, tapi memang nampak macam limited edition dan pelik, dengan tali kulit coklat, body dia all stainless stell, dalam ada satu bulat untuk saat (small second), dan satu bulat kaca menampakkan mekanikal dalam jam, cukup untuk melihat jam masih lagi berfungsi.

Jam ni aku tak beli pun, tapi di hadiahkan oleh isteri tercinta, Saayang awak.. Eceh.. tapi yang bestnya hadiah boleh pilih sendiri hihi.. tak malu... bukan mintak ek.. orang nak bagi... Kitorang pasal hadiah2 memang open, mungkin tak suprise tapi bagi mengelakkan nanti tak dipakai sebab tak berapa suka, jadi elok la berterus terang, ok tak haha.. huhu..

Harga? hehe.. rahsia.. nama pun hadiah.. (poyo).. Ala pegi jer kedai mana ada jual boleh tengok harga dia huhu.. Jenama J.Bovier Automatic Kod B08.1B614..

 Layan gambar pulak...

 
 Orang kedai jam siap bungkus sebagai hadiah agi..

 
 Tara..... Cantik tak? Tak cantik?? tak per.. pada aku memang cantik..


 Ni jam aku sekarang dan yang dulu, dulu pun hadiah.. Tahan 2 tahun jugak pakai..

 
Ehem2... hensem tak?

Sekian seadanya..

p/s: Post ini bukan untuk tujuan menunjuk ye, sebagai tanda penghargaan kat isteri... boleh la tengok2 buat kenangan.. kalau boleh nak pakai jam ni sampai bila2... sampai jadi antik pun tak per.. sayang tu... k.. Chow dulu..

Ahad, April 15, 2012

Rumah Dalam Proses Renovate

Seperti dalam post awek sorang ni.. katanya tak nak letak gambar renovation, tak lawa.. dah nama renovate memang la tak lawa.. kwang3...

Tapi rasa nak letak la jugak gambar yang dah 90% siap renovate nyer.. Jangan mara orang disana..

Ni gambar lampu hall

Ni hall menghadap ke dapur... kipas tak pasang lagi..

dapur dari belakang

Ni tengah kontraktor tengah basuh.. nanti dah cantik snap gambar lagi..

Minggu ni grill pulak pasang, lepas tu baru proceed wirering untuk bilik dan dapur.. Baru boleh pindah.. fuh.. belum buat dah rasa kepenatannya..

Rabu, Februari 15, 2012

Rumah Sedia Untuk Di Tengok

Cassinia Fasa 1, Taman Pulai Indah dah boleh ambik kunci, umah dah siap dari 3 jan 2012 hari tu lagi, tp sebab government belum bayar abis bayar ke developer tunggu jer la dulu..

8hb Feb tipon developer, kata dah boleh ambik kunci, terus ambik kunci, 9hb hari khamis tu terus pi tengok rumah... em... kacau betulla kontraktor2 ni... hilang mood aku nak tgk rumah, em..


ni jer la gambarnya dulu, yang lain belum dapat agi nak ambik...
setakat ni air dgn api tak masuk lagi, memang la rumah sedia untuk di tengok jer, xboleh duduk lagi..

renovate blum lagi, tapi dah deal dengan 2 kontranktor berasingan untuk grill dan cornis... grill satu rumah RM2600, cornis pulak untuk ruang tamu RM3100, siap dengan lampu dan tempat kipas..

Tengoh pening pikir nak buat camana untuk dapur...
:)

Selasa, Oktober 25, 2011

Apapun keadaannya, 2.2 Memang Sedap..

Apa benda yang 2.2?

bermaksud tu kapasiti enjin Honda Accord 2.2. Rasa bawak keter 2.2 memang lain, walaupun keter dah masuk umur 13 tahun, bunyi2 pun dah ada, minor problem pun ada, tapi masih sedap... (yang tak sedapnya minyak agak melampau bagi aku yang sebelum ni pakai kereta kancil jer..)

Jumaat, September 23, 2011

Tobat Tobat

Sepanjang tempoh penyeksaan 1/2 jam dalam kepala otak aku duk kata.. "tobat2".... aderh... abis urat2 semua menegang.. tertegang... adus... Rasa macam menyesal pun ada.. tobat2..

Brother tu tengok aku menyengeh jer.. heheh.. dia kata "kurang senam ek?"
Tapi bila dipikir pasal kesihatan bagus jugak kalau boleh maintain sebulan sekali.. huhuh... tapi kena tabahkan hati la untuk melangkah masuk ke sana..

tempat yang sakit tu lagi la dia tekan... mungkin perasaan aku jer kot... dah nama sakit.. nak menangis pun ada... tapi rasa nya ni bukan kali terakhir aku urut kaki.. akan datang macam nak urut agi....

Urut kat CS, 30 minit RM30.00 ~ ok tak price ni? nak untung dia kata urut 40 minit baru RM35.00.... (sedangkan 1/2 jam pun dah merana hehe..)

Sedikit Pengorbanan Tetap Memberi Kesan

Saya terkesan dengan nasib rakyat kat Somalia, kian berkurun bertelagah, yang jadi mangsa rakyatnya. Paparan berita dan rencana dari wartawan-wartawan Media yang sebenarnya patut kita beri pujian. mereka sanggup berkorban bergadai nyawa dengan niat untuk menyampaikan apa sebenarnya yang terjadi di sana. Tanpa pengorbanan dari wartawan-wartawan ini, tak mungkin kita tahu penderitaan mereka.

Kadang-kadang kita kat Malaysia ni rezeki melimpah ruah, mewah dengan makanan, tempat tinggal selesa, sihat sejahtera, sakit pun kebanyakkan datang daripada tabiat pemakanan kita sendiri, sedangkan orang lain sakit dan mati sebab tak dapat makan, kurang zat makanan, tiada tempat tinggal, pelajaran tak sempurna....

Apa yang kita boleh bantu? mungkin sedikit sumbangan, walaupun mungkin sedikit sangat, tapi saya percaya ia dapat memberi impak yang besar kepada mereka yang memerlukan. tak perlu persoalkan mana salurannya, sidang media atas pemberian derma, atau apa cara pun di pihak yang menganjurkan, asalkan sumbangan kita sampai ke tangan yang betul-betul memerlukan.

Khamis, September 22, 2011

Teruja Dengan Komputer Baru

Bukan teruja dengan teknologi terbaru.. beli komputer baru pun bukan.. tapi dapat komputer baru.. cantet.. smart... komputer desktop kecik jer.. tapi monitornyer besar gedabak... terpikir camana la teknologi sekarang dia boleh buat macam ni... style la.. xmampu nak beli.. tp guna jer la...

note: pc office sebenarnyer..

Rabu, September 21, 2011

Menjahit Baju Sendiri

Apa yang dimaksudkan dengan menjahit baju sendiri ni sebenarnya menjahit butang baju yang sedang dipakai, jahit pulak kat bahagian tangan... mana nak pegang jarum, mana nak pegang butang... (Mula ingat senang, rupanya...)

Tapi setelah beberapa kali gagal, dengan berkat kesabaran dan ketabahan menghadapi dugaan, akhirnya ia berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Satu pengalaman baru yang cukup bermakna. Eceh...

Nampak macam tak der masalah kan nak menjahitnya? Ha! cuba buat sendiri...

Selasa, September 20, 2011

Hantu Copet

Kenapalah orang mencuri...

Kekadang yang dicuri tu tak der la mahal sangat.. tapi kan ke menyusahkan orang.. dah orang menyumpah.. macam tu bila pencuri tu nak insaf.. orang asyik menyumpah je si pencuri, mendoakan yang tak baik.. hai... nak buat jahat pun jgn la menyusahkan orang lain.. kan2..

Isnin, April 04, 2011

Selasa, Februari 15, 2011

Jalan-jalan Melaka

Perancangan nak gi dah agak lama dah, masa jer belum ada.. Saje nak jalan2.. Aku memang xpernah jalan2 kat bandar Melaka, lebih dikenali dengan Bandar Hilir lah.. Dulu kecik2 penah la jugak pi kat Air Keroh. Amy pulak memang penah pegi Melaka, tapi masa2 kecik2 dulu la dia kata.. Boleh la jadi panduan asas nak ke Melaka. Konon2 dah expert la jugak jalan2 kat Melaka nun..

Sebelum pegi kitorang dah tengok jugak la sikit2 info nak ke Melaka.. Hotel pun dah book.. Tapi bila tiba masa nak pegi, semua tempat2 yang kitorang survey tu kitorang dah luper.. Yang ingat cuma nak ke Air Keroh, redah aja la..

Perjalanan bermula seawal 6.30 pagi bertolak menuju ke tol skudai.. Fuh.. Semangat tuh.. Berenti jap kat Petronas, cucuk duit, beli air dan jajan apa yang patut hehe.. Masuk toll skudai terus sampai kat toll exit Machap, keluar dan ambil jalan biasa ke Air Hitam.. Kitorang memang dah planning nak xnak lalu highway, sebab cadangnyer nak singgah Parit Jawa, Amy nak beli seluar katanya.. (sempat agi tuh)..

Akan bersambung..
(tak sempat2 nyer nak sambung)..