Halaman

Jumaat, September 23, 2011

Tobat Tobat

Sepanjang tempoh penyeksaan 1/2 jam dalam kepala otak aku duk kata.. "tobat2".... aderh... abis urat2 semua menegang.. tertegang... adus... Rasa macam menyesal pun ada.. tobat2..

Brother tu tengok aku menyengeh jer.. heheh.. dia kata "kurang senam ek?"
Tapi bila dipikir pasal kesihatan bagus jugak kalau boleh maintain sebulan sekali.. huhuh... tapi kena tabahkan hati la untuk melangkah masuk ke sana..

tempat yang sakit tu lagi la dia tekan... mungkin perasaan aku jer kot... dah nama sakit.. nak menangis pun ada... tapi rasa nya ni bukan kali terakhir aku urut kaki.. akan datang macam nak urut agi....

Urut kat CS, 30 minit RM30.00 ~ ok tak price ni? nak untung dia kata urut 40 minit baru RM35.00.... (sedangkan 1/2 jam pun dah merana hehe..)

Sedikit Pengorbanan Tetap Memberi Kesan

Saya terkesan dengan nasib rakyat kat Somalia, kian berkurun bertelagah, yang jadi mangsa rakyatnya. Paparan berita dan rencana dari wartawan-wartawan Media yang sebenarnya patut kita beri pujian. mereka sanggup berkorban bergadai nyawa dengan niat untuk menyampaikan apa sebenarnya yang terjadi di sana. Tanpa pengorbanan dari wartawan-wartawan ini, tak mungkin kita tahu penderitaan mereka.

Kadang-kadang kita kat Malaysia ni rezeki melimpah ruah, mewah dengan makanan, tempat tinggal selesa, sihat sejahtera, sakit pun kebanyakkan datang daripada tabiat pemakanan kita sendiri, sedangkan orang lain sakit dan mati sebab tak dapat makan, kurang zat makanan, tiada tempat tinggal, pelajaran tak sempurna....

Apa yang kita boleh bantu? mungkin sedikit sumbangan, walaupun mungkin sedikit sangat, tapi saya percaya ia dapat memberi impak yang besar kepada mereka yang memerlukan. tak perlu persoalkan mana salurannya, sidang media atas pemberian derma, atau apa cara pun di pihak yang menganjurkan, asalkan sumbangan kita sampai ke tangan yang betul-betul memerlukan.

Khamis, September 22, 2011

Teruja Dengan Komputer Baru

Bukan teruja dengan teknologi terbaru.. beli komputer baru pun bukan.. tapi dapat komputer baru.. cantet.. smart... komputer desktop kecik jer.. tapi monitornyer besar gedabak... terpikir camana la teknologi sekarang dia boleh buat macam ni... style la.. xmampu nak beli.. tp guna jer la...

note: pc office sebenarnyer..

Rabu, September 21, 2011

Menjahit Baju Sendiri

Apa yang dimaksudkan dengan menjahit baju sendiri ni sebenarnya menjahit butang baju yang sedang dipakai, jahit pulak kat bahagian tangan... mana nak pegang jarum, mana nak pegang butang... (Mula ingat senang, rupanya...)

Tapi setelah beberapa kali gagal, dengan berkat kesabaran dan ketabahan menghadapi dugaan, akhirnya ia berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Satu pengalaman baru yang cukup bermakna. Eceh...

Nampak macam tak der masalah kan nak menjahitnya? Ha! cuba buat sendiri...

Selasa, September 20, 2011

Hantu Copet

Kenapalah orang mencuri...

Kekadang yang dicuri tu tak der la mahal sangat.. tapi kan ke menyusahkan orang.. dah orang menyumpah.. macam tu bila pencuri tu nak insaf.. orang asyik menyumpah je si pencuri, mendoakan yang tak baik.. hai... nak buat jahat pun jgn la menyusahkan orang lain.. kan2..